KUCHING:  Jangan lupa wartawan yang ke hulu ke hilir.

Mereka juga wira tidak didendangkan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau  menzahirkan penghargaan kepada petugas media yang bertungkus-lumus menyediakan maklumat berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan wakil media merupakan petugas barisan hadapan dan wira tidak didendang.

“Mereka mengharungi bahaya dan mereka wira tak didendangkan,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya, di sini, pada Khamis.

Media dikategorikan sebagai perkhidmatan penting dan perlu ketika negara berdepan wabak Covid-19.

Media memainkan peranan penting untuk menyebarkan maklumat tepat dan betul ketika negara juga berdepan penularan berita palsu mengenai wabak itu dan Perintah Kawalan Pergerakan.