KUCHING: Jangan kerana lima peratus yang masih degil, yang 95 peratus menerima padah.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang dipancarkan melalui saluran televisyen hari ini berkata, semalam polis menahan 110 orang kerana tidak mematuhi perintah kawalan pergerakan.

PKP yang dimulakan 18 Mac lalu akan berakhir 14 April selepas ia dilanjutkan dari tarikh asal yang sepatutnya berakhir pada 31 Mac.

Ismail Sabri berkata, kira-kira lima peratus daripada penduduk masih tidak mematuhi arahan itu.

“Saya sudah jelaskan cara pihak polis mungkin berubah dari nasihat dan berhemah kepada tindakan lebih tegas,’ tegas beliau.

“Inilah kemahuan rakyat,” tegasnya lagi. 

Beliau mengakui banyak menerima banyak mesej daripada rakyat.

Katanya,  mereka tidak mahu oleh kerana 5 peratus yang degil, kesan kepada 95 peratus yang akur.

Jelasnya,  polis memeriksa sebanyak 163,487 kenderaan semalam.