Malaysia mencatatkan 23 kematian akibat jangkitan Covid-19 sehingga tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dan 235 kes baharu  direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan sebanyak 2,031.

Katanya, daripada 235 kes baharu, sebanyak 60 kes mempunyai kaitan dengan kluster tabligh masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Kes kematian ke-22 lelaki  berusia 48 tahun  hari ini juga mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan pada hujung bulan Februari.

Jelas beliau, kes kematian ke-23 membabitkan lelaki 62 tahun dari Kajang yang juga mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Pesakit itu dirawat di Ipoh, Perak pada 23 Mac dan meninggal dunia tengah hari, semalam.