CALIFORNIA: Peminat tegar Disney yang selama ini melawat taman tema Disneyland setiap hari sejak lapan tahun lalu terpaksa menghentikan lawatan rutinnya selepas taman itu ditutup akibat Covid-19 baru-baru ini.

Paling mengecewakan ialah penutupan itu berlaku pada lawatan ke 2,995-nya dan tinggal sehari untuk mencecah 3,000 kali. Disney mengumumkan penutupan taman itu pada 13 Mac lepas menyebabkan Jeff Reitz terlepas hari ke 3,000-nya.

Reitz memberitahu dia masih merancang meneruskan lawatannya ke taman itu apabila ia dibuka semula nanti.

Reitz merancang meraih Rekod Buku Guinness dari segi jumlah lawatannya itu. Setakat ini hanya dia yang mampu bertahan sehingga lapan tahun berbanding pelawat lain yang kebanyakkan menghentikan rutin harian mereka selepas hanya setahun atau dua tahun.