KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memantau secara dekat kesan Covid-19 terhadap rakyat biasa yang terkesan langsung oleh wabak Covid-19 dan penguatkuasaan perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu,  Ketua Menteri  berkata, ia juga akan memantau pelbagai inisiatif  bantuan di bawah Pakej Sarawakku Sayang bagi meringankan beban yang ditanggung rakyat ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April depan.

Isnin lepas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Abang Haji Openg mengumumkan 16 langkah proaktif membabitkan peruntukan RM1.15 bilion bagi meringankan beban rakyat dan sektor perniagaan.

Abang Johari menyatakan sejak pelaksanaan perintah kawalan berkenaan dilaksanakan pada 18 Mac lalu, trend penyebaran kes positif Covid-19 di Sarawak kelihatan stabil.

Justeru, tegasnya, rakyat Sarawak diminta supaya terus  akur kepada perintah berkenaan.

“Jika kita akur sepenuhnya kepada perintah itu ada kemungkinan besar kita dapat membendung penyebaran Covid-19 memandangkan kita terpisah dengan Semenanjung Malaysia oleh oleh Laut China Selatan,” katanya.

Ini jelasnya lagi, memberi kelebihan kepada Sarawak untuk memutuskan rantaian penyebaran.