Siri animasi The Simpsons yang sudah 40 tahun diterbitkan, dikatakan banyak memaparkan episod yang seakan-akan meramalkan gambaran masa depan.

The Simpsons 27 tahun lalu melalui watak Homer, Marge, Bart, Lisa dan Maggie pernah bersiaran pada 1993 meramalkan pandemik seakan-akan koronavirus atau Covid-19.

Siri itu melalui episod musim keempat memaparkan pandemik global yang menyebabkan orang ramai terpaksa melakukan pengasingan diri.

Pembaca berita Kent Brockman dalam siri tersebut bersiaran dari rumah akibat pandemik global yang melanda.

Siaran berita itu melaporkan “Selesema Osaka” penyakit dari Jepun yang kemudian merebak ke Springfield

Bagaimanapun, Covid-19 berasal dari Wuhan, China, 2,000 kilometer dari Osaka.