KUCHING: Mungkin kita perlu gunakan pendekatan yang digunakan oleh polis di Pampagna, Filipina bagi mengingatkan orang ramai yang masih degil tidak akur kepada Perintah Kawalan pergerakan (PKP).

Ya, pelbagai cara telah digunakan untuk mengingatkan golongan ini.

Menurut statistik terbaharu, hanya lima peratus lagi rakyat negara ini belum akur.

Di bandar berkenaan, di satu lokasi pemeriksaan, keranda digunakan.

Di luar keranda itu terpapar tulisan “Tinggal di rumah atau tinggal di dalam ini”, merujuk kepada kerana yang diletakkan di persimpangan jalan terbabit.

Mesej itu mengingatkan orang ramai supaya tinggal di dalam rumah atau mereka akhirnya akan mati kerana dijangkiti Covid-19.

Video itu turut dipaparkan melalui News 24.

Sumber: News24