KUCHING: Seorang lelaki yang dikaitkan dengan kluster tabligh Sri Petaling menjadi mangsa ke-21  Covid-19.

Sehingga tengah hari ini, Malaysia telah mencatatkan 1,796 kes jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan lelaki  berusia 63 tahun itu mempunyai sejarah penyakit kronik sebagai kes 1,588. 

Lelaki itu diuji positif pada 22 Mac selepas mengalami gejala dan dirawat di hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 23 Mac.

“Semasa rawatan, kesihatannya merosot dan meninggal dunia pada 26 Mac pada pukul 4 pagi. Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada keluarga,” katanya.