MUKAH: Pengorbanan pihak polis dan RELA di barisan hadapan dalam mengawal penularan COVID-19 terus mendapat penghargaan dari masyarakat.

Tidak ketinggalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Haji Arbi yang tampil menghulurkan sumbangan berupa air dan makan kepada petugas semasa Operasi COVID-19 sekatan Jalan Raya Simpang Matading semalam.

Sumbangan itu sebagai menghargai peranan pihak Polis dan RELA dalam menghadapi kegetiran yang berlaku di peringkat Malaysia dan global amnya.

Abdul Yakub turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat bertugas kepada petugas di barisan hadapan dan Selamat Hari Polis.

Beliau juga berharap orang awam terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar penularan COVID-19 dalam masyarakat dapat dibendung.