JAKARTA: Adakah Indonesia akan menjadi Itali di Asia Tenggara?

Inilah soalan yang dikemukakan oleh akhbar Jakarta Post?

Ini kerana sehingga hari ini sudah terdapat 55 kematian dan 686 kes di negara 270 juta itu.

Jumlah kes yang rendah itu ada kaitan dengan jumlah yang disaring yang juga tidak banyak.

Beberapa minggu lalu, kerajaan Indonesia mengumumkan negara 17,000 pulau itu bebas virus pembunuh itu.

Krisis wabak itu dijangka bertambah buruk dengan pakar menganggarkan sebanyak 70,000 orang telah dijangkiti virus itu.

Akhbar itu mempersoalkan sama ada langkah mencukupi telah diambil oleh kerajaan untuk membendung wabak itu daripada terus menular.

Indonesia belum lagi mengenakan perintah berkurung atau mengawal pergerakan rakyatnya.

Difahamkan Indonesia akan mengikut jejak langkah Korea Selatan dengan menjalankan ujian pantas.