KUCHING: Kini tular sebuah kain rentang yang memberi peringatan kepada orang ramai tentang pilihan yang ada pada mereka.

Mesej di sebalik kain rentang itu ialah supaya orang ramai berada di dalam rumah bagi mengekang penyebaran virus pembunuh yang sedang melanda negara.

Kain rentang itu dipercayai dipasang di sebatang jalan di Ipoh, Perak.

Mesej dalam kain rentang itu selari dengan perintah kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan sehingga 14 April ini.

Orang ramai punya empat pilihan sama ada hendak duduk di rumah, di lokap di hospital atau di kubur.

Pilihan pertama berkaitan dengan arahan kerajaan.

Pilihan kedua ialah jika mereka melanggar, ada kemungkinan mereka akan dipenjara.

Pilihan ketiga, jika terkena jangkitan tentu akan terpaksa dirawat di hospital.

Dan pilihan terakhir, jika nasib tidak memihak, mereka akan mati dan perlu dikebumikan.

Setakat ini, hampir 21 kes kematian telah berlaku di Malaysia kerana Covid-19.