Jumlah kematian akibat Covid-19 di Sepanyol telah melampaui angka kematian di China, menjadikan negara itu sebagai negara dengan jumlah korban jiwa tertinggi kedua setelah Itali, lapor BBC Indonesia.

Jumlah kematian di Sepanyol bertambah 738 orang dalam 24 jam sehingga jumlah keseluruhan mencapai 3, 434 orang.

“ Angka itu menjadi rekod harian di Sepanyol lebih tinggi dari 683 korban jiwa di Itali pada hari yang sama,” katanya.

Sebagai perbandingan, China secara rasmi melaporkan 3,285 kematian, sementara Itali mencatatkan 6,820 kematian.

Jumlah kes positif corona di Spanyol juga telah meningkat seperlima dan hampir 27,000 orang dirawat di rumah sakit.