Friday, August 12, 2022

Polis giat jejaki 30 peserta Itjimak Tabligh dari Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Di mana mereka ini?

Sila tampil ke depan untuk membantu kesihatan dan keselamatan diri, keluarga dan negara.

Polis sedang menjejaki 30 peserta Itjimak Tabligh di Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu dari Sarawak  yang masih belum tampil membuat ujian dan pemeriksaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, setakat ini pihaknya berjaya mengesan 447 peserta manakala selebihnya masih dalam proses pengesanan.

Sebanyak 477 peserta dari Sarawak dipercayai menghadiri perhimpunan berkenaan.

Menurut Aidi, seramai 427 orang peserta telah dikuarantin untuk diperiksa bagi mendapatkan keputusan saringan virus.

“Hasil keputusan saringan, 26 daripadanya disahkan positif virus tersebut, manakala 297 orang menunjukkan keputusan negatif,”jelas beliau dalam satu kenyataan.

Dua hari lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kira-kira 62 peratus pesakit yang didapati positif Covid-19 selepas disaring oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah golongan yang menghadiri ijtimak tabligh berkenaan.

Jelas beliau  pihaknya melakukan saringan terhadap kira-kira 13,000 jemaah tabligh dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,700 sampel sudah diambil.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru