KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengingatkan mereka yang telah pulang ke kampung halaman sebelum ini agar tidak pulang ke ibu kota susulan langkah kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April depan.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu,” kata beliau dalam Perutusan Khas  ke seluruh negara petangi ini.

“Kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan, pelanjutan tempoh berkenaan dibuat lebih awal agar rakyat lebih bersedia.

“Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya,” ujar beliau lagi. 

Kata Perdana Menteri, tempoh kuat kuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

“Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya.Yang

“Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kes positif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu,” kata Perdana Menteri dalam perutusan itu.