KUCHING: Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang membabitkan jumlah RM1.15 bilion yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Partinggi Abang Johari Tun Openg pada Isnin lalu  patut mendapat pujian dan sokongan daripada rakyat di negeri ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi, 16 langkah berkenaan dapat mengurangkan kesan wabak Covid-19 yang kini melanda.

Beliau berkata, Sarawak merupakan antara negeri pertama di negara ini yang membuat keputusan awal bagi membantu rakyatnya.

“Bayangkan jika Kerajaan Negeri tidak mengenakan larangan kemasukan ke atas orang asing itu, keadaannya tentu lebih teruk daripada sekarang,” kata beliau menerusi video yang dimuat naik di Facebooknya.

Beliau memuji langkah memberi insentif bulanan selama enam bulan golongan B40, kumpulan barisan depan dan diskaun untuk sewa gerai dan premis, serta langkah memberi topeng muka kepada rakyat negeri ini.

Daripada tinjauan pelbagai media, rata-rata rakyat Sarawak memberi pujian dan penghargaan kepada langkah yang diambil oleh Abang Johari itu. 

Ini terutamanya bantuan kewangan RM250  selama enam bulan kepada golongan kurang berkemampuan dan B4 serta golongan penjaja dan peniaga.