Sebanyak 6,077 orang telah terkorban di Itali akibat wabak Covid-19 yang sedang melanda negara 61 juta jiwa itu.

Hampir 65,000 kes sudah disahkan positif.

Kakitangan di barisan depan, terutama doktor dan jururawat sedang bergelut dengan masa, cuba menyelamatkan pesakit yang dijangkiti wabak pembunuh itu.

Ini krisis paling sulit, dengan virus paling mengganas.

Mereka di para doktor dan perawat negara itu – terutama di kota-kota yang paling terpukul, yakni di utara – berjuang untuk menghadapinya.

Pusat wabak virus corona berlaku di wilayah Limbardy, Itali. Ramai yang sudah mati terutama golongan tua.

Rumah sakit telah penuh dengan pesakit Covid-19. Rumah sakit sudah penuh sesak.

Disebabkan keadaan  darurat dan krisis itu, doktor terpaksa bekerja 12 jam. Keadaan benar-benar menguji ketahanan fizikal, mental dan emosi mereka, apatah lagi ada doktor dan jururawat yang sudah keletihan dan jatuh sakit. 

Malah, dilaporkan ada doktor yang biasanya tenang, tidak dapat mengawal emosinya apabila ketahuan dia terkena jangkitan virus itu.

Dalam keadaan demikian, Kerajaan Cuba dilaporkan menghantar barisan doktor untuk turut membantu. Kedatangan mereka mendapat tepukan gemuruh daripada rakyat Itali. Ada yang mati sendirian di dalam wad, tanpa keluarga. 

Ada yang dihantar ke kubur hanya oleh pekerja hospital, paderi, dan pekerja rumah mayat. Semalam 602 kematian, berbanding hampir mencecah 800 tiga hari lalu. 

Dua hari berturut-turut angka kematian menurun tetapi angka itu masih besar, dan bukan sesuatu yang menggembirakan. Di seluruh dunia, lebih daripada 15,400 telah meninggal dunia. 

“Mati sendirian adalah hal yang sangat buruk, saya tidak berharap itu terjadi pada siapa pun,” kata seorang doktor yang dipetik media. Kita berdoa agar wabak ini akan dapat dikawal di seluruh dunia. 

Kalau tidak, kemurungan dan kesedihan akan melanda manakala keadaan ekonomi akan terus memburuk.

Persoalannya, masih ada sinarkah di hujung terowong untuk kita semua?