LEGENDA bola sepak Brazil, Ronaldinho berdepan hukuman penjara enam bulan ekoran menggunakan pasport palsu.

Baru-baru ini, Ronaldinho, 40, bersama-sama abangnya, Roberto, 49, ditahan di Paraguay setelah didapati menggunakan pasport palsu.

Ini bermakna beliau akan menyambut hari jadi di penjara. Ronaldinho terkenal sebagai selebriti yang gemar berparti hingga awal pagi.

Beliau pernah menghabiskan puluhan ribu pound untuk berparti di hotel mewal, Brazil ketika menyambut ulang tahun ke-32.

Ronaldinho pernah mencipta detik hebat bersama-sama Barcelona dan AC Milan dengan beberapa gelaran juara.

Malah beliau juga pernah membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2002 di Korea Selatan. Ronaldinho dianggap sebagai generasi pemain yang memiliki kemahiran luar biasa.

Ramai yang menganggap kehebatannya menyamai legenda Argentina, Diego Maradona.

“Sehingga kini belum ada pemain di Brazil sehebat Ron (Ronaldinho) dari segi kemahiran individu,” kata pemerhati. Ketika berusia tujuh tahun beliau gemar menimang bola sambil duduk di meja makan.