Sunday, July 3, 2022

Pergerakan dari Sarawak ke Semenanjung, Sabah dan sebaliknya tidak dibenarkan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pergerakan dari Sarawak ke  Semenanjung dan Sabah dan sebaliknya tidak dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan, menurut Kementerian Luar Negeri.

Dalam satu kenyataan menjawab soalan lazim (FAQ) mengenai Perintah Kawalan Pergerakan, kementerian itu memaklumkan sebarang pergerakan dalam Semenanjung, boleh dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.

“Penerbangan dari (atau) ke Semenanjung Malaysia ke/dari Sabah dan Sarawak adalah tidak dibenarkan, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menekankan sebarang perubahan atau keputusan oleh Kerajaan Malaysia, berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, iaitu merujuk kepada soalan sama ada kerajaan merancang untuk memendek atau melanjutkan tempoh perintah itu sepanjang tarikh 18 hingga 31 Mac ini.

Kementerian itu juga menyatakan tiada warganegara asing yang dibenarkan memasuki Malaysia, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kecuali bagi warganegara asing berstatus diplomat, yang berkhidmat di negara ini berserta tanggungan mereka.

“Diplomat asing dan tanggungan mereka adalah dibenarkan untuk memasuki dan meninggalkan Malaysia semasa perintah ini berkuat kuasa, dan disyaratkan untuk membuat kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

“Bagi pegawai kerajaan asing yang bukan berstatus diplomat (yang menetap di Malaysia) juga adalah dibenarkan memasuki atau meninggalkan Malaysia, dengan syarat dokumen penggajian dapat dibuktikan semasa kemasukan ke Malaysia,” jelasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru