Lebih daripada 300,000 jangkitan Covid-19  sudah disahkan di seluruh dunia.

Keadaan semakin tidak terkawal di Itali dengan penduduk 60 juta.

Bilangan kematian meningkat kepada lebih 4,800 – lebih satu per tiga daripada jumlah keseluruhan di dunia.

Hampir satu bilion orang di seluruh rumah berkurung di rumah mereka  pada Ahad.

Bilangan kematian kerana wabak itu melebihi 13,000 di seluruh dunia.

Itali yang  mempunyai 60 juta itu kini muncul  sebagai pusat tumpuan utama penyakit itu yang pada Sabtu sahaja menyaksikan hampir 800 orang meninggal dunia. 

Media  antarabangsa melaporkan Itali mempunyai kadar kematian setinggi 8.6 peratus antara jangkitan Covid-19 yang sah, jauh lebih tinggi berbanding di kebanyakan negara lain.

Covid-19 mula-mula muncul di Wuhan,  China pada hujung tahun lepas sebelum merebak ke negara lain di dunia.

Kini ia telah merebak ke lebih 150 buah negara.

Pandemik itu telah memaksa arahan berkurung di 35 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Mulai Ahad tentera membantu polis mengawal keadaan di Malaysia setelah didapati masih ada yang mengingkari perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan hingga akhir bulan ini.

Ia  banyak menjejaskan kehidupan seharian, perjalanan dan perniagaan yang dijangka bakal menjejaskan ekonomi dunia.