TURKI: Pengukir telur terkenal Turki , Hamit Hayran mencipta rekod dunia selepas berjaya mencucuk 12,000 lubang dalam sebiji telur.

Agak sukar membayangkan bagaimana seseorang itu mampu mencucuk begitu banyak lubang pada sebiji telur tanpa merosakkannya. Namun Hamit berjaya melakukannya.

Pada 1988, selepas terlibat dalam kemalangan, Hamit disahkan tidak dapat berjalan lagi. Hamit yang berusia 62 tahun kemudian mendedikasikan hidupnya membuat ukiran pada telur sehingga menjadi pengukir telur paling terkenal di dunia.

Selain membuat ukiran dan lukisan pada telur, hamit turut mengejar rekod dunia dengan mencucuk lubang paling banyak dalam sebiji telur.

Dia berjaya melakukannya dengan mencucuk 8,708 lubang pada sebiji telur, mengalahkan pemegang rekod sebelumnya iaitu seorang pengukir dari Pakistan.

Tidak lama kemudian dia berjaya mencucuk 11,827 lubang dan kini dia berjaya melakukan dengan 12,000 lubang.

Menurut Hamit, sebelum dia mula mencucuk lubang pada telur yang diukirnya, dia akan membuang cairan di dalam telur itu mengunakan jarum.