KUCHING: Kerajaan Sarawak bersetuju menyalurkan bantuan khas bulanan sebanyak RM250 untuk tempoh enam bulan kepada kumpulan B40.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari berkata, ini membabitkan 430,000 rakyat Sarawak dengan peruntukan RM645 juta daripada Kerajaan Negeri.

Ia dikenali sebagai pakej bantuan khas Sarawakku Sayang Covid-19.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia di sini petang ini.

Banyak pihak terutama golongan B40 terbeban susulan krisis wabak Covid-19 ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan selama dua minggu hingga akhir bulan ini.