SEPANYOL: Selepas perintah berkurung (lockdown) dua minggu dikenakan di seluruh Sepanyol, polis yang melakukan rondaan di sebuah kawasan perumahan di Murcia menemui sesuatu yang melucukan iaitu kelibat dinasour.

Polis Murica memuat naik video lelaki memakai kostum tyrannosaurus rex berwarna oren keluar dari rumahnya untuk membuang sampah.

Dia kemudiannya diberi amaran oleh polis.

Menurut polis dalam keadaan perintah berkurung, seseorang ada kalanya dibenarkan membawa haiwan peliharaan keluar seketika untuk menghilangkan stres.

Namun haiwan seperti tyrannosaurus rex tidak termasuk dalam peraturan itu.

Sejak video itu di muat naik, ia menjadi tular dan mendapat pelbagai komen melucukan.