Apakah strategi atau pendekatan oleh negara luar yang berjaya dalam menangani wabak Covid-19 yang dapat kita pelajari?

Negara terbabit termasuk China pantas dalam responsnya serta memperkenalkan pendekatan yang inovatif dan berkesan.

Kita perlu belajar daripada mereka ketika jumlah kes keseluruhan di seluruh dunia telah melepasi 200,000 dan kematian mencecah 10,000 dengan di Itali sahaja dalam satu hari  merekodkan 793 kematian. Ini bukan angka yang sedikit sebaliknya perlu membimbangkan kita semua.

  1. Banyak ujian 

Melakukan banyak ujian atau pemeriksaan bagi mengenal pasti mereka yang terkena jangkitan. Korea Selatan pernah membuat 10,000 ujian dalam sehari. Implikasinya, kita perlu mempunyai banyak alat untuk menguji.

  1. Asingkan individu yang dijangkiti

China dan Korea Selatan amat berjaya dari segi ini. Itali gagal.  Pengasingan menyekat virus itu daripada merebak.

  1. Jaga Jarak

 Penjarakan sosial memutuskan rangkaian penyebaran. Itulah sebabnya di Malaysia dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan dari Rabu lalu hingga hujung bulan ini. 

Rakyat perlu patuh dan bukan keras kepala. Langkah Malaysia mewujudkan pusat kuarantin khas harus dipuji.

  1. Mengamalkan gaya hidup sihat

Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi nasihat kepada rakyat agar rakyat sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan mereka. Sentiasa bersihkan diri termasuk mencuci tangan dengan senitizer. Patuhi etika dan cara yang betul apabila batuk bagi mengelak orang berdekatan dijangkiti.