TEHERAN: Setiap 10 minit, seorang maut akibat Covid-19 di Iran. Pegawai kesihatan Iran Kianush Jahanpur menulis di Twitter, memberitahu sekitar 50 orang dijangkiti virus tersebut setiap sejam.

Kematian akibat Covid-19 di negara itu kini mencapai 1,284, dengan 149 kematian dilaporkan dalam 24 jam terakhir.

Keseluruhan kes positif Covid-19 ialah 18,407. Usaha Iran menangani wabak Covid-19 terhalang oleh sekatan ekonomi yang dikenakan AS dan sekutunya.

Iran kini mendesak rakyatnya tinggal di rumah sepanjang Nowruz, Tahun Baharu Parsi. Pasar Teheran sibuk dan jalanannya dipenuhi kenderaan ketika rakayat bersedia untuk Nowruz bermula Jumaat.

Walaupun tidak menetapkan lockdown, kerajaan menutup sekolah, universiti dan tempat suci serta melarang pertemuan budaya dan agama.

Timbalan Menteri Kesihatan Alireza Raisi menzahirkan rasa kecewa kerana ramai tidak mengambil serius bahaya Covid-19.