DARWIN: Krisis Covid-19 menyebabkan rakyat Australia mula melakukan pembelian panik sehingga membeli barangan keperluan dalam jumlah berlipat kali ganda.

Mereka mahu menyimpan barangan tersebut bagi menghadapi sebarang kecemasan.

Antara barangan yang menjadi rebutan ialah tisu tandas. Fenomena ini menyebabkan tisu tandas sentiasa habis stok di pasar raya.

Bagi menangani masalah ini, sebuah akhbar tempatan NT News memperkenalkan jalan penyelesaian unik.

NT News minggu lepas mencetak lapan muka surat tambahan bagi tujuan digunakan sebagai tisu tandas.

Tindakan mereka menyebabkan orang ramai geli hati.

NT News beribu pejabat di Darwin terkenal kerana sentiasa mengeluarkan tajuk muka depan yang lucu dan menghiburkan.

Pada setiap muka surat tambahan itu pembaca turut diajar cara-cara menggunakan kertasnya sebagai tisu tandas.

NT News turut memuat naik edisi khas tersebut di akaun Twitter mereka dan ia mendapat pelbagai reaksi netizen.