KABONG: Memasuki hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 para nelayan di sini kini mulai berdepan kesukaran untuk memasarkan hasil tangkapan mereka.

Menurut salah seorang nelayan (#perbualan melalui telefon dan bukan kontak secara bersemuka) dia menyatakan mereka kini mempunyai stok ikan yang agak banyak kerana tidak dapat mengadakan jualan seperti sebelum kuatkuasa PKP.

Katanya, mereka kini mendapat permintaan yang terlalu sedikit daripada orang ramai kerana larangan keluar rumah yang dikenakan terhadap penduduk ketika ini.

Keadaan itu diburukkan lagi oleh pemborong dan peniaga ikan tidak mahu membeli hasil tangkapan ketika ini kerana tiada pembeli.

” Sekarang kami nelayan banyak stok ikan segar yang terpaksa disimpan dalam peti sejuk saja.

“Masalahnya peti sejuk juga sudah mulai penuh dan tidak lagi muat untuk menyimpan ikan-ikan yang ada. Ramai juga nelayan yang sudah tidak turun ke laut kerana hasil tangkapan tidak ada tempat untuk dipasarkan.

” Sekarang ini hanya berharapkan jualan melalui dalam talian dan telefon. Pun tidak banyak yang dapat dijual.

“Orang luar dah tak datang jadi permintaan memang merudum dan kami tunggu untuk sehari dua ini,kalau ikan tidak laku mungkin ikan-ikan ini terpaksa diproses buat ikan masin.Sebelum ini ikan segar tersebut turut dihantar ke Roban,Saratok Sarikei,Debak dan Betong.Sekarang dah tak boleh.

“Hantar ke kedai runcit pun tak laku kerana tidak ramai pembeli datang pada masa ini.

“Stok ikan masin dan ikan kering pun sudah terlalu banyak. Jadi kepada pembaca di luar sana jika mahu beli ikan boleh hubungi saya di talian – 016-682 6605, Puan Raliah*Umar di Kampung Hilir Laut Kabong,” ujarnya.