Tuesday, August 16, 2022

Kuching catat 30 kes Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 18 daerah di seluruh negara direkodkan sebagai kawasan yang mempunyai jumlah kes COVID-19 tertinggi di negara ini, iaitu melebihi 20 kes.

Ini termasuk Kuching yang mempunyai 30 kes.

Sehingga semalam, Sarawak mencatatkan 68 kes positif Covid-19.

Bagi Sabah, Tawau mencatat sebanyak 37 kes dan Lahad Datu 32 kes.

Sebanyak enam daerah direkodkan mempunyai lebih daripada 40 kes iaitu di Petaling Jaya sebanyak 96 kes, diikuti Lembah Pantai (90), Hulu Langat (75), Johor Bahru (52), Seremban (42) dan Titiwangsa (41).

Sebanyak 12 lagi kawasan mempunyai antara 22 dan 38 kes, yang mana di Semenanjung membabitkan sembilan kawasan.

Kawasan itu ialah Gombak iaitu sebanyak 38 kes, Pulau Pinang (34), Kota Bharu (29), Kluang (26), Kepong (24), Klang (23), Batu Pahat (23), Kuala Muda (23) dan Kinta (22).

Taburan kes tertinggi sehingga jam 12 tengah hari semalam itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook beliau.

Dr Noor Hisham, berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam juga, sebanyak 1,183 kes dicatatkan di seluruh negara, dengan 153 kes baharu, dan 114 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru