Wednesday, June 29, 2022

Khidmat bot ekspres dihadkan

Secara Rawak

SIBU: Bilangan perkhidmatan bot ekspres yang beroperasi bagi laluan Kapit/Song/ Sibu semalam telah dihadkan.

Pegawai Penguat Luasa Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Bahagian Kapit Jerry Lenggir berkata, pengurangan perjalanan itu disebabkan kekurangan penumpang selepas kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penyebaran Covid-19.

Katanya, keadaan tersebut dijangka berterusan sehingga 31 Mac ini atau pada tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak.

“Justeru saya meminta orang ramai yang berhasrat untuk menggunakan perkhidmatan bot ekspres supaya merancang jadual perjalanan masing-masing. “Kepada penumpang yang telah membuat tempahan dalam talian atau pembelian awal di kaunter boleh menghubungi pihak operator bot ekspres atau datang terus ke kaunter,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Jerry, pihak operator bot ekspres terpaksa mengurangkan jadual perjalanan masing-masing bagi mengelak kerugian.

“Keputusan mengurangkan pengoperasian bot ekspres dibuat oleh pihak operator sendiri dan bukan LSS. “Mereka mendakwa tidak dapat meneruskan operasi jika bilangan penumpang terus berkurangan kerana tidak mampu menanggung kos operasi,” ujar beliau lagi.

Dalam pada itu pihak LSS dengan kerjasama Jabatan Kesihatan bahagian terus melakukan saringan kesihatan terhadap penumpang.

Katanya, selain mengambil langkah pencegahan termasuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, beliau meminta orang ramai mematuhi arahan supaya berada di kediaman masingma-sing sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru