PUTRAJAYA: KERAJAAN Malaysia dalam usaha mendapatkan 10 Juta penutup muka dari China, keutamaan untuk diagihkan kepada petugas frontliner iaitu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, imigresen, tentera dan sekiranya terdapat lebihan ianya akan diberikan dipasaran yang akan diuruskan oleh NADMA & Pharmaniaga.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut sudah diputuskan kelmarin dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang telah dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Isu kekurangan bekalan topeng muka sudah diputuskan semalam pada mesyuarat (MKN) yang telah dipengerusikan oleh Perdana menteri, bahawa kita akan cuba mendapatkan bekalan daripada china sejumlah 10 Juta sarung muka.

“Ia akan diselaraskan oleh Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama syarikat penerbangan untuk membawa barangan ini secara beransur-ansur,” katanya pada sidang media (Non Health) selepas Mesyuarat Khas berkenaan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, Sabtu.

Fadillah turut menasihatkan orang ramai untuk mengikuti saranan KKM dari masa ke semasa dalam membendung penularan Covid-19.