MISSOURI: Sikap pentingkan diri sendiri seorangn ayah yang keluar rumah semasa tempoh kuarantin menyebabkan sebuah sekolah ditutup.

Keluarga itu diarah supaya tidak keluar rumah selama 14 hari selepas salah seorang anak mereka disahkan positif dijangkiti Covid-19.

Namun ayah dan seorang lagi anak mereka tidak menghirau arahan itu dan menghadiri majlis tarian di sekolah.

Berikutan itu Sekolah Oak Hill dan Villa Duchesne terpaksa ditutup dan sekolah itu melakukan kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Anak lelaki tersebut yang dijangkiti Covid-19 menghubungi pihak hospital selepas mendapati dia mengalami simptom wabak itu.

Ekoran itu dia dan seluruh keluarganya diarah kuarantin di rumah dengan harapan mereka mengikut peraturan itu secara sukarela.

Namun anggota keluarga mereka tidak mengendahkan arahan itu. Ayah dan anak perempuannya menghadiri majlis tarian di Ritz-Carlton dan Clayton.

Mereka meninggalkan majlis tersebut selepas mendapat berita anak yang dijangkiti wabak itu positif dan perlu menjalani rawatan segera.