Monday, June 27, 2022

Gadis bernama Corona kini dijejaki

Secara Rawak

Sejak wabak virus Corona merebak di Wuhan, China pada Disember, apa-apa yang berkaitan dengan Corona pasti menarik perhatian.

Ini termasuk gadis yang bernama Corona.

Setidak-tidaknya dua gadis yang memakai tanda nama ‘Corona’ meledak nama mereka di alam maya dan media sosial, termasuk kumpulan Whatsapp.

Gadis berpakaian batik berwarna biru dengan wajah ayu, dipercayai dari Indonesia, menjadi idola ramai.

“Ditinggalkan sayang, dibawa balik berpenyakit,” kata satu kecindan yang mengiringi gambar gadis berkenaan.

Di India sebuah kedai pakaian dengan nama Corona di papan tanda kedai begitu popular dalam kalangan rakyat.

Ramai yang mengambil swafoto di hadapan kedai milik Corona Pareed itu.

Namun, populariti kedai itu kini tidak pula membantu dari segi jualan ketika dunia bertarung dengan wabak itu.

“Saya suka perkataan itu apabila saya merujuk kepada kamus. Ia merujuk kepada matahari,” katanya seperti dipetik AFP.

Cambridge English Dictionary mentakrifkan corona sebagai “a circle of light that can sometimes be seen around the moon at night, or around the sun during an eclipse (= a time when the moon is positioned exactly between the sun and the earth).”

Ia juga dari segi anatomi merujuk kepada satu bahagian tubuh menyerupai mahkota.

Corona juga merujuk kepada sejenis arak.

Kini  250,000 kes virus secara global dengan angka kematian melewati 10,000.

Bagaimanapun,sekitar 80,000 yang terkena virus berkenaan dilaporkan pulih.

Di Itali sahaja, lebih 600 kematian berlaku semalam manakala di Indonesia sudah lebih daripada 30 kes kematian dicatatkan.

Di Malaysia corona telah meragut tiga nyawa termausk satu di Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru