Jumlah korban yang meninggal dunia akibat virus corona di Itali terus meningkat.

Ia kini  mencapai 475 orang dalam sehari sehingga menambah jumlah keseluruhan kematian menjadi hampir 3,000 orang—peningkatan tertinggi sejak awal wabak Covid-19.

Ketika ini lapor BBC  Itali ialah negara paling parah dijangkiti Covid-19 setelah China. 

“Di Itali, terdapat 35,713 kes disahkan positif, dengan lebih daripada 4,000 antara mereka telah pulih,” katanya.

Wilayah paling teruk ialah Lombardy, yang mencatat 319 kematian dalam sehari.

Lockdown telah dikuatkuasakan di Itali selama hampir dua minggu sebagai sebahagian daripada langkah pihak kerajaan untuk membendung kecepatan penyebaran virus corona.

Rakyatnya telah diminta berada di dalam ruangan, namun jumlah kematian terus meningkat.