Pelbagai sumber dan media antarabangsa melaporkan sebanyak 345 kematian dicatatkan di Itali dalam tempoh 24 jam akibat COVID-19.

Ia sekali gus menjadikan angka kematian akibat pandemik tersebut meningkat kepada 2,503 orang sejak kes pertama dikesan di negara itu pada 21 Februari lalu.

Kes positif COVID-19 pula meningkat kepada 31,506 kes setakat Selasa.