KUCHING: Kesemua akitiviti yang melibatkan perhimpunan dan perjumpaan ramai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai akan dibatalkan atau ditangguh ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, perkara tersebut adalah selari dengan arahan Kerajaan Sarawak untuk menangguhkan dan membatalkan segala program berkaitan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Jelas beliau, masyarakat diminta untuk sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta menjaga kebersihan dan kesihatan masing-masing.