Friday, September 30, 2022

Elakkan berkumpul di tempat awam

Secara Rawak

Covid-19 akan tersebar dengan cepat jika tidak ada tindakan dan kerjasama orang ramai untuk hadir dan berkumpul di tempat-tempat yang sesak seperti pusat membeli-belah, pasar raya, tempat hiburan, perhimpunan awam atau tempat ibadat dan sekolah  atau  pusat pengajian.

Dalam pada itu, mesti ada kerjasama dengan semua pihak untuk menghalang Covid-19 daripada menyebar. Dengan ketiadaan kerjasama, masalah ini sukar untuk dielakkan dan keselamatan dan kesihatan rakyat negara ini akan terus terancam.

Cuti sekolah perlu dilanjutkan untuk sementara waktu selagi masalah itu tidak dikawal dengan baik.

Orang ramai dan pihak berkuasa perlu bekerjasama untuk mengelak masalah ini dari terus berlarutan.

Mungkin ada pihak yang terjejas dengan Covid-19 kerana mereka sukar untuk berniaga dan sebagainya tetapi untuk mencegah sesuatu yang lebih serius kita tidak mempunyai pilihan tetapi cuba mengelakkan jangkitan Coronavirus (Covid-19) dari terus merebak.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti mencuci tangan dengan kerap dengan air dan sabun atau menggunakan ‘hand sanitizer’.

Orang yang mempunyai gejala dinasihatkan untuk tidak melawat tempat-tempat yang sesak. Elakkan sekurang-kurangnya satu meter ketika berurusan dengan orang lain.

Keselamatan dan kesihatan orang ramai adalah penting untuk dilindungi dan mencegah Convid-19 daripada menular perlu diberi perhatian. Kerjasama dengan semua pihak untuk menyelesaikan masalah yang menular ini sangat dihargai. Semoga Allah pelihara kita semua dari musibah ini.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru