MIRI: Berkuat kuasa hari ini  seluruh rakyat dan penduduk di negara Brunei Darussalam  ditegah keluar negara termasuk negara jiran Malaysia (Sabah dan Sarawak) kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu dalam usaha untuk mengawal dan mengekang pertambahan penularan kes Covid-19.

Izin untuk keluar negara hanya akan dibenarkan jika mendapat kelulusan daripada Jabatan Perdana Menteri

“Tegahan keluar negara dikuatkuasakan untuk semua warganegara, penduduk tetap dan mereka yang menetap di Brunei, termasuk warganegara lain yang memegang kad pengenalan hijau,” kata Media Permata yang memetik Menteri Kesihatan.

Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 10 kes coronavirus baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 50 kes setakat ini.

Difahamkan, 38 daripada kes itu ada kaitan dengan program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Di Kuala Lumpur akhir bulan lalu, yang dihadiri lebih 15,000 peserta.