Sunday, September 25, 2022

Wee Ka Siong kongsi kisah bagaimana dia fasih bahasa Malaysia

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong  berkata walaupun parti itu keanggotaannya adalah Cina tetapi pendekatannya adalah untuk semua rakyat Malaysia.

“Saya mahu beritahu, MCA walaupun keanggotaan kita adalah Cina tetapi pendekatan kita adalah untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam wawancara dengan Sinar Harian.

“Kita tidak boleh mengagung-agungkan kehendak kita sahaja, biarlah berdasarkan perlembagaan dan konsep kesederhanaan serta kepelbagaian” katanya lagi. 

“Sebab itu saya kata, MCA apabila kita berdepan dengan masyarakat nanti kita faham. Apabila saya jadi menteri, pihak pembangkang tiba-tiba kata saya tidak gunakan bahasa Malaysia,” kata menteri yang fasih dalam bahasa Malaysia itu.

“Saya sejak kecil di kampung saya lebih selesa berbahasa Melayu. Sebab itu ramai kata Wee Ka Siong, kamu ini macam belajar di sekolah kebangsaan, tetapi saya daripada sekolah Cina. Tapi macam mana saya belajar, saya masuk rumah orang Melayu, belajar macam mana nak buat pantun dan puisi,” jelas Ka Siong yang  juga Menteri Pengangkutan.

“Saya selalu masuk pertandingan perbahasan di sekolah dan saya tanya kawan-kawan Melayu, mereka tolong saya. Malahan saya dulu ada kumpulan belajar kaum Melayu datang rumah saya belajar,” katanya menjelaskan bagaimana beliau dapat menguasai bahasa Malaysia dengan baik. 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru