Sunday, July 3, 2022

Sarawak catat tiga kes pertama positif Covid-19

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak mencatatkan kes pertama Covid-19 selepas tiga daripada individu telah diuji positif penyakit berkenaan, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, dua orang berkenaan pernah menghadiri Ijtimak di Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lepas.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu menerusi satu kenyataan  media berkata, sementara kes ketiga merupakan ahli keluarga daripada dua kes tersebut.

Ketiga-ketiga kes adalah di Kuching dan kes pertama melibatkan pesakit berusia 46 tahun, kes kedua berusia 73 tahun dan kes ketiga juga isteri kepada kes kedua, berusia 60 tahun.

“Kita menyeru kepada semua yang menghadiri acara berkenaan dan mereka yang dari Sarawak untuk segera menghubungi hospital terdekat untuk siasatan Covid-19. Sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, telah menjejaki 236 peserta peserta acara berkenaaan dan akan terus menjejaki yang selebihnya,” jelasnya.

Menurut Uggah, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berjaya menjejaki 236 peserta yang menyertai Ijtimak di Sri Petaling setakat 13 Mac 2020.

Daripada jumlah itu 60 orang peserta telah dijejaki dari Samarahan, diikuti Miri, dan Bintulu masing-masing (29 orang) Kuching (28 orang) Sibu dan Limbang (26 orang), Mukah (15 orang), Serian (sembilan orang), Betong (tujuh orang), Sri Aman dan Sarikei (tiga orang) dan Kapit (seorang).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru