Tuesday, August 16, 2022

Larry mahu PKR Sarawak  teruskan hubungan baik dengan DAP, Amanah

Secara Rawak

KUCHING: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng menzahirkan  komitmen beliau untuk menggalas tanggungjawabnya sebagai Pengerusi PKR Sarawak yang  baru dengan memanfaatkan pengalamannya selain berjanji meneruskan hubungan baik dengan DAP dan Amanah bagi mengukuhkan Pakatan Harapan (PH).

Larry menggantikan Baru Bian yang bertindak keluar parti mengikuti timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dipecat. Kumpulan berkenaan kemudiannya menyertai kumpulan Bersatu yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin kecuali Baru yang juga Anggota Parlimen Selangau.

“Kita perlu bekerjasama dan tidak berselisih satu sama lain bagi memupuk keyakinan dalam gabungan serta mengukuhkan tuntutan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan datang,” katanya.

PH yang kini hanya terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan kumpulan Bersatu yang diterajui bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu dibuat  menerusi catatan di Facebook beliau, hari ini.

Larry berkata beliau berasa rendah hati memikul tanggungjawab berkenaan yang telah ditinggalkan kosong tanpa jelas selepas Baru, Ali Biju dan Willie Mongin keluar parti.

Katanya ia menyebabkan kekosongan kuasa kepimpinan tertinggi parti yang kini berada dalam kritikal apabila gabungan PH sedang dalam rundingan kerusi untuk dipertandingkan pada pilihan raya negeri akan datang.

“Dengan keadaan ini, maka ketua cabang yang masih tinggal telah berkumpul dan bersama Presiden parti bagi memilih pengerusi baharu pada 8 Mac 2020.

“Antara kami yang dalam pemilihan bagi pengerusi ialah saya sendiri, Dr Michael Teo (Ahli Parlimen Miri) dan Abang Zulkifili Abang Engkeh (Ketua Cabang PKR Batang Lupar,” jelas Lrry lagi.

Pengumuman mengenai pelantikan Larry dan pemimpin lain dalam PKR itu dibuat melalui satu kenyataan media yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru