Thursday, June 30, 2022

Lampu isyarat pintar di semua jalan utama

Secara Rawak

SIBU: Penggunaan lampu isyarat pintar dengan perisian SCATS (Sydney Coordinated Adaptive Traffic System) akan diperluaskan di semua jalan utama bandar ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata, dengan itu lampu isyarat di sini akan dapat diselia di bilik kawasan yang berpusat di Kuching.

Menurutnya, sebanyak 41 sistem trafik pintar dipasang di Kuching, yang dijangka siap sepenuhnya pada Oktober depan.

“Di Miri, satu lampu isyarat yang menggunakan perisian SCATS sebagai projek perintis sudah dipasang. “Saya sudah bertemu dengan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara tersebut,” katanya ketika mengadakan pertemuan dengan para pemilik syarikat bas di sini, semalam.

Kim Shin menjelaskan, sebanyak 24 lampu isyarat di Sibu dikendalikan oleh MPS, sementara 16 lagi di bawah bidang kuasa JKR. Katanya, kesemua lampu isyarat itu menggunakan lima sistem berbeza, selain hanya sembilan lampu isyarat boleh dinaik taraf menggunakan perisian SCATS.

“Saya minta MPS membuat kajian bagi membolehkan lampu isyarat lain dapat dinaik taraf dan menggunakan perisian itu,” tambahnya.

Kim Shim menjelaskan, perisian SCATS turut diguna di Eropah, Australia, Hong Kong dan Amerika Syarikat. SCATS jelasnya akan mendapat data dari aliran trafik pada masa yang tepat di setiap persimpangan.

“Data akan dihantar menerusi kawalan trafik kepada komputer pusat untuk penyelarasan tambahan kepada masa isyarat trafik berdasarkan minit dengan perubahan minit dalam aliran trafik di setiap persimpangan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru