MUKAH: Kedai Pecah Guni terulung di bandar Mukah, DS Bundle dengan kolaborasi Persatuan Tenis Bumiputera Mukah dan Technifibre akan menganjurkan Pertandingan Tenis Terbuka Mukah 2020 pada 14 & 15 Mac 2020.

Kejohanan ini akan disertai lapan pasukan di sekitar Bahagian Mukah yang akan merebut piala yang julung kalinya diadakan.

Format liga berkumpulan digunapakai untuk kejohanan ini, dimana dua pasukan terbaik akan bertembung di separuh akhir bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir.

Menurut pemilik DS Bundle, Syamri Junaidi, “Saya menganjurkan pertandingan ini adalah untuk semua ahli Persatuan Tenis Bumiputera Mukah. Objektifnya ialah sebagai medan pemilihan pemain yang akan mewakili Mukah untuk kejohanan di Kuching dalam masa terdekat, sekiranya tidak ditunda penganjurannya”.

“Keunikkan kejohanan kali ini ialah, ada aktiviti pecah guni utk peminat-peminat pakaian bundle, yang akan diadakan di Gelanggang PTBMU,” tambah Syamri.