Friday, October 7, 2022

Penentu kejayaan suatu pertubuhan

Secara Rawak

MUKAH: Sejarah bakal tercipta sekali lagi untuk kampung Teh Labak kerana bakal mewujudkan Unit Saberkas Teh Labak pada tahun 2020 ini. Mesyuarat penubuhan dan pemilihan jawatankuasa telah berlangsung di Balairaya Teh Labak.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Kampung Daniel bin Raping berlangsung dengan suasana yang sungguh harmoni dan penuh kerjasama daripada para hadirin. Sikap keterbukaan dan adil dalam pemilihan calon telah dipraktikan sebaiknya agar calon yang dilantik benar-benar layak atas merit kemampuan menggalas tanggungjawab dan juga mempunyai kefahaman tentang budaya, sosial, dan ekonomi penduduk setempat.

Menurut KK Daniel, Unit Saberkas Teh Labak akan dijadikan sebagai platform untuk melahirkan pemimpin generasi baharu. Oleh demikian kebanyakkan calon yang terpilih adalah dari kalangan pemuda-pemudi setempat, dan dicampur dengan calon yang sudah mempunyai rekod cemerlang dalam selok-belok berkenaan Unit Saberkas.

Barisan JK Tertinggi dan AJK yang terpilih selepas pemilihan: William Juwawi Ragas (Pengerusi), Normy Kunyo (Timb. Pengerusi), Santi Rauli (Setiausaha), Florence Dru (Pen. Setiausaha), Romeo Lorince (Bendahari), Raymond Adi (AJK), Nur Munira Ileh Abdullah (AJK), Kiew Tung Leong (AJK), Charles Kimju (AJK), Linggi Draman (AJK), dan Meseni Ijan (AJK).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru