Friday, September 30, 2022

Ahli Parlimen yang dipilih harus jujur dan telus

Secara Rawak

Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak mengucapkan tahniah kepada pelantikan Ahli Parlimen PAS sebagai Menteri Persekutuan serta Timbalan Menteri yang baru dalam Kabinet Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Begitu juga dengan ahli parlimen Sarawak terutamanya dari GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang juga dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan. Mudah-mudahan, dengan pelantikan ini, ia akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysia dan rakyat akan dapat menilai kemampuan PAS untuk mentadbir negara.

Ramai ahli Ahli Parlimen GPS dari Sarawak yang telah dilantik oleh Kabinet juga perlu mengambil kesempatan ini untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan lebih baik. Ramai ahli parlimen Sarawak termasuk wakil PAS di kabinet boleh menyuarakan kebimbangan rakyat dan menyelesaikan isu-isu yang masih belum selesai. Kebajikan rakyat perlu diberi keutamaan, termasuk infrastruktur luar bandar yang masih tertinggal.

Kepada semua Ahli Parliament yang terpilih jadi Menteri dan Timbalan Menteri, selamat menjalankan tugas dengan telus, amanah dan dapat memberi perkhidmatan terbaik buat semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru