POLAND: Janusz Goraj dilaporkan hilang penglihatannya kira-kira 20 tahun yang lalu selepas terkena alegi yang teruk.

Sejak itu dia menjalani hari-harinya dalam kegelapan.

Pada 2018, dia terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ketika kejadian dia menyeberang jalan dan dilanggar kereta.

Kepalanya terkena atap kereta sebelum terpelanting ke jalanan.

Dia juga mengalami kecederaan di bahagian pinggangnya dan terpaksa dibedah.

Janusz terpaksa menghabiskan beberapa minggu di hospital selepas pembedahannya.

Namun pada suatu hari ketika dia bangun pagi, Janusz membuka matanya dan mendapati matanya menjadi terang semula dan dia dapat melihat seperti sebelum terkena alegik dahulu.

Dia segera memberitahu doktor, namun mereka tiada penjelasan tentang perkara ini.

Kisah Janusz berlaku pada 2018 namun ia hanya tular dan menjadi tajuk berita utama di Poland pada akhir bulan lepas.

Pakar perubatan berpendapat penglihatan Janusz pulih bukan kerana kemalangan itu, sebaliknya ia disebabkan oleh campuran ubat-ubatan yang diberikan kepadanya.