Sunday, July 3, 2022

Muhyiddin hadap Agong, persembah senarai kabinet baharu hari ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Selepas dua minggu lebih tidak mempunyai kabinet, akhirnya Malaysia dijangka mempunyai jemaah menteri hari ini.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bagi mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini.

Kenyataan tersebut juga menyebut, Muhyiddin dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu pada jam 5 petang ini setelah mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

“Pengumuman tersebut akan mengambil tempat di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya,” kata kenyataan itu.

Perikatan Nasional terdiri daripada sebahagian parti Bersatu, UMNO dan PAS yang disokong oleh GPS.

Persoalan sekarang ialah adakah jumlah kementerian ditambah atau dikekalkan?

Di bawah Kerajaan PH, terdapat 29 kementerian.

Berapakah pula jumlah menteri dan timbalan menteri dari Sarawak dan apakah jawatan yang disandang mereka?

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru