Korban meninggal dunia akibat Covid-19 di seluruh dunia hingga hari ini mencapai 3,830 orang dengan sebahagian besarnya dicatatkan di Wuhan, wilayah Hubei, pusat penyebaran asal virus ini di China.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 mencapai 110,069.

Manakala jumlah mereka yang sembuh ialah 62,279.

Selepas China, Itali berada pada tangga kedua mencatatkan 7,375 kes dan mangsa meninggal 366 orang.

Itali mengisolasi 15 juta rakyatnya di bahagian utara, termasuk kota Venesia dan Milan.

Korea Selatan pada tangga ketiga mencatatkan 7,313 dengan 50 orang meninggal.

Iran menjadi salah satu negara dengan kes Covid-19 terbanyak iaitu 6,566 dan 194 meninggal.

AS mengalami lonjakan kes Covid-19 iaitu 480 kes dan tersebar di 34 negeri.