QUANZHOU: Sepuluh orang maut setelah hotel yang digunakan sebagai kemudahan menangani kuarantin Covid-19 di Quanzhou, China runtuh.

Memetik CNN, pihak bomba di Fujian mengerahkan lebih 1,000 petugas pemadam kebakaran dan pasukan darurat menyelamatkan mangsa.

“Kami berusaha menyelamatkan mereka yang terperangkap,” kata ketua skuadron polis bersenjata Quanzhou, Guo Yutuan.

Hotel Xinjia, Quanzhou roboh pada Sabtu malam. Sebuah rakaman kamera CCTV di seberang jalan, menunjukkan hotel runtuh dalam sekelip mata.

Terdapat 80 orang di dalam hotel ketika kejadian. Sembilan orang berjaya menyelamatkan diri, sementara 71 lainnya terperangkap.

Dari jumlah itu, 48 dikeluarkan dari runtuhan, namun 23 orang masih hilang.

Sebanyak 58 orang yang dikuarantin di hotel tersebut negatif Covid-19.

Bangunan tujuh tingkat itu didirikan pada 2013 dan diubah suai menjadi hotel pada 2018.

Punca bangunan runtuh masih dikenal pasti sama ada kerana masalah struktur atau akibat ubah suaian.