Friday, August 19, 2022

Chieng Jen dakwa DAP parti paling berprinsip?

Secara Rawak

KUCHING: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menempelak kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mendakwa partinya paling ditakuti kerana berpegang kepada integriti dan prinsip.

“Bagaimana beliau boleh katakan parti DAP adalah parti berprinsip sekiranya beliau sendiri sentiasa menipu rakyat. Kerana sedikit sebanyak kita tahu DAP pakar menaburkan banyak janji,”

Antara janji DAP sebelum ini adalah meningkatkan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus, dan 50 peratus daripada cukai dikutip di Sarawak akan diberi balik kepada Sarawak.

Selain itu, baru-baru ini Chong memberi jaminan akan memberi geran kepada penduduk kampung di Kampung Selangau Batu yang berada di atas tanah kerajaan sekiranya PH menang pada piliharanraya akan datang.

“Apabila beliau telah berjanji mengenai cukai untuk Sarawak tetapi janji berkenaan tidak dikotakan itu bermakna beliau adalah seorang penipu,”

“Cakap tak serupa bikin. Apabila saya baca kenyataan tersebut saya rasa nak termuntah..rasa ketawa pun ada juga,” katanya kepada media di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Memetik laporan berita tempatan, Chong pada Khamis mendakwa walaupun Pakatan Harapan (PH) telah hilang kerajaan tetapi DAP tidak hilang integriti dan prinsip.

Dakwa Chong juga, DAP telah patuh kepada prinsip ketat tadbir urus kerajaan yang baik dan bersih dalam tempoh 20 bulan lalu dalam kerajaan.

“Kita mungkin telah hilang kerajaan, tetapi kita tidak hilang integriti dan prinsip. Kita akan teruskan perjuangan politik kita ke arah kerajaan yang lebih baik dan bersih bagi Sarawak dan Malaysia,” kata Chong.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru