Sunday, May 22, 2022

26 negara sertai ITF World Tennis Tour di Kuching

Secara Rawak

KUCHING: Seramai 129 peserta terdiri daripada 75 lelaki dan 54 wanita akan menyertai kejohanan ITF World Tennis Tour J1, Piala Ketua Menteri ke-35 yang akan berlangsung di pusat Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini bermula 10 hingga 17 Mac 2020.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini adalah satu kejohanan yang melibatkan pemain-pemain muda tenis daripada keseluruhan 26 negara.

“Kita berasa bangga kerana dapat menganjurkan kejohanan seperti ini dari tahun ke tahun dan akan menjadi kejohanan yang akan memberi kebanggaan kepada kita,” katanya kepada media selepas mengetuai delegasi Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) mengadakan kunjungan kepada Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Tambah beliau, meskipun isu penularan COVID-19 dikhuatiri ketika ini namun katanya kerajaan negeri akan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengekang virus berkenaan.

“Kita ada Prosedur Operasi Standard (SOP) kita sendiri dimana pintu masuk ke Sarawak dikawal ketat dan mereka akan diperiksa seperti pengunjung lain. Sekiranya terdapat simptom yang mencurigakan, mungkin mereka akan disingkirkan dari kejohanan,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru