Monday, December 5, 2022

Shazwani Izzati Masmos calon tunggal dapat 9A SMK Kabong

Secara Rawak

KABONG: Shazwani Izzati Masmos menjadi calon tunggal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong memperoleh keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) 2019 sebaik keputusan diumumkan semalam.

Penyerahan keputusan kepada calon terlibat disempurnakan oleh Pengetua SMK Kabong, Ramli Seruji.

Keputusan lain menyaksikan Nasir Bojeng menjadi calon kedua terbaik dengan memperoleh keputusan 7A.

Manakala lima lagi calon iaitu Lailatul Syahreen Sakawi, Dania Raffiqa Jahiri,
Khairul Fahmi Dewa, Nurul Mustika Mustapha, Roza Ridzuan Uda dan Mohd.Shahmizan Sajali memperoleh keputusan 6A.

Selain itu seramai 10 calon lagi memperoleh keputusan 5A iaitu Siti Nurafiqah Muhd.Rumie, Nurnailahzatul Aqilah Maseri, Nurmasitah Abdul Rahman,
Mohd.Azreen Afiq, Nur Ezlin Jamal, Noor Azariah Olop,Nur Shafikha Daud, Nursyafikah Mundong dan  Nur Farihah Ahmad Putera.

Seramai 198 orang calon menduduki peperiksaan itu di sekolah berkenaan pada tahun lalu dengan mencatat Gred Purata Sekolah (GPS) 5.78

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru